|
Rukun Iman |
| 1. | Iman kepada ALLAH |
| Beriman kepada Allah s.w.t merupakan Rukun Iman yang pertama, yang menjadi dasar keimanan seseorang itu. Beriman kepada Allah s.w.t beerti wajib mempercayai Allah
s.w.t itu ada, Ia Maha Berkuasa, Maha Mencipat dan Maha Mengetahui segala apa yang ada di langit, di udara, di muka bumi dan juga di lautan.
Dia adalah Maha Esa, yakni tunggal dan tidak menyerupai dan tidak diserupai oleh sesuatu.
Seperti firman-Nya yang bermaksud : |
| | "Katakanlah wahai Muhammad, bahawa Allah itu satu. Allah tempat segala makhluk bergantung. Allah tidak beranak dan tidak pula diperanakkan. Dan tidak sesiapapun yang
setara atau seumpama dengan Allah."
(Surah al-Ikhlas 1 - 4) |
|
| 2. | Iman kepada Malaikat-malikat ALLAH |
| Beriman kepada malaikat beerti wajib bagi setiap orang Islam mengetahui bahawa malaikat adalah makhluk yang Allah s.w.t jadikan daripada cahaya dan boleh berupa
berbagai bentuk, tidak bersifat seperti sifat manusia. Malaikat juga menjalankan perintah Allah s.w.t dengan taat dan patuh. Jumlah malaikat adalah terlalu banyak dan kita
sebagai umat Islam wajib mengetahui 10 daripadanya. |
| a. | Jibril | = | Menyampaikan wahyu |
| b. | Mikail | = | Menurunkan rezeki |
| c. | Israfil | = | Meniup sangkakala |
| d. | Izrail | = | Mengambil nyawa |
| e. | Mungkar | = | Menanyai orang yang telah meninggal di alam kubur |
| f. | Nankir | = | Menanyai orang yang telah meninggal di alam kubur |
| g. | Raqib | = | Mencatat amalan keburukan |
| h. | Atib | = | Mencatat amalan kebaikan |
| i. | Malik | = | Menjaga neraka |
| j. | Ridwan | = | Menjaga syurga |
|
| 3. | Iman Kepada Rasul-rasul ALLAH |
| Beriman kepada Rasul dan Nabi merupakan rukun Iman yang ketiga. Bagi orang Islam wajiblah yakin dan percaya bahawa Allah s.w.t telah mengutuskan para Rasul dan Nabi
kepada manusia di dunia ini bagi menunjukkan jalan ke arah kebenaran dan kebahagian di dunia dan di akhirat. Jumlah Nabi dan Rasul yang wajib diketahui adalah seramai 25 orang. |
|
| 4. | Iman Kepada Kitab-kitab ALLAH |
| Beriman kepada kitab Allah bererti kita wajib beriktikad dan yakin dengan sebenar-benarnya bahawa sesungguhnya Allah s.w.t mempunya beberapa kitab suci yang
merupakan firman Allah s.w.t yang hakiki. Diturunkan melalui wahyu yang disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. Sejak Zaman Nabi Adam a.s sehinnga kepada
Nabi Muhammad s.a.w, jumlah kitab suci yang diturunkan adalah sebanyak 104 iaitu 100 buah suhuf dan 4 buah kitab suci.
Senarai kitab dan penerimanya : |
| a. | Taurat - Nabi Musa a.s |
| b. | Zabur - Nabi Daud a.s |
| c. | Injil - Nabi Isa a.s |
| d. | Al-Quran - Nabi Muhammad s.a.w |
|
| Nabi-nabi yang menerima suhuf : |
| a. | Nabi Syits - 50 suhuf |
| b. | Nabi Idris - 30 suhuf |
| c. | Nabi Ibrahim - 10 suhuf |
| d. | Nabi Musa - 10 suhuf |
|
| Al-Quran merupakan penutup segala kitab. Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Tidak akan ada lagi kitab suci lain selepas Al-Quran. |
|
| 5. | Iman kepada hari Kiamat |
| Percaya kepada hari akhirat ialah kita wajib beriktikad dan meyakini bahawa akan adanya hari akhirat atau hari kiamat (pembalasan) di mana pada hari itu semua manusia akan
dibangunkan kembali di padang Mahsyar untuk menerima hukuman berdasarkan segala amal perbuatan mereka semasa mereka hidup di muka bumi Allah s.w.t ini.
Tanda-tanda kecil akan kedatangan hari akhirat : |
| a. | Sedikit orang alim dan banyak orang jahil. |
| b. | Perempuan lebih ramai daripada lelaki. |
| c. | Urusan agama ditakbir oleh orang yang bukan ahli. |
| d. | pelacuran dan maksiat berlaku dengan meluas. |
| e. | Minum arak dan benda yang memabukkan menjadi kebanggaan. |
| f. | Orang miskin menjadi kaya, membina bangunan dan gedung tinggi mencakar langit. |
| g. | Banyak berlaku gerak gempa. |
|
| Tanda-tanda besar : |
| a. | Keluar dajjal merusak agama. |
| b. | Keluar binatang yang dipanggil Dabbatul Ard merusak manusia. |
| c. | Keluar Yakjuj dan Makjuj. |
| d. | Hilangnya al-Quran dari mashafnya. |
| e. | Terbit matahari dari sebelah barat. |
|
| 6. | Iman kepada Qada dan Qadar |
| Beriman kepada qada dan qadar disebut juga sebagai percaya kepada takdir. Yaitu seseorang itu mesti yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya
ketentuan dan ketetapan Allah s.w.t. |
| a. | Arti Qada : |
| | 1. | Ketetapan Allah yang sudah ditetapkan sejak zaman azali |
| | 2. | Ketetapan Allah yang sudah pasti dan tidak dapat diubah, seperti kelahiran, kematian, dan ketentuan alam semesta |
| b. | Arti Qadar : |
| | 1. | Perwujudan atau realisasi dari qada dalam kehidupan manusia. |
| | 2. | Bagaimana Allah mewujudkan qada-Nya dalam kehidupan manusia, termasuk rezeki, kesehatan, dan kesuksesan yang bisa dipengaruhi oleh usaha dan ikhtiar. |